Monday, May 7, 2012

DSN VS KEMUDAHAN SUKAN

DASAR SUKAN NEGARA (DSN) adalah satu initipati penting yang menjurus kepada hala tuju dan strategi pencapaian pembangunan sukan di Malaysia yang memberikan tumpuan khas kepada kecemerlangan kepada dua komponen utama sukan iaitu SUKAN BEPRESTASI TINGGI dan Sukan MASSA (Sukan Untuk Semua). Mula digubal pada tahun 20 Januari 1988 dan telah menjalani pelbagai perubahan sehingga kini.

Beberapa intipati penting DSN yang mendukung kepada pembangunan sukan salah satunya melalui capaian dan aksess kepada KEMUDAHAN SUKAN yang bermutu dan mencukupi kepada rakyat, antara intipati penting DSN berdasar dua era 1988 dan 2009 adalah seperti berikut:

DSN ASAL 1988
  1. Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan-kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa,untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan;
  2. Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan;
  3. Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggungjawab bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan perancangan kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri ini adalah bagi mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.Objektif pengagihan semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan, mendapatkan peluang menggunakan
  4. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan-pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan
  5. Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan
    sukan
  6. Peruntukan mengenai kemudahan -kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak berkuasahendaklah memberi pertimbangan mengurangkan bayaran ubah syarat tanah untuk skim-skim perumahan dan atau memberi insentif-insentif lain
  7. Semua kemudahan hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya.Kemudahan-kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada penggunaan semua ahli sukan dan orang ramai bagi mempastikan penggunaan optimun
  8. Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahankemudahan sukan. Pengswastaan kemudahan-kemudahan sukan adalah juga digalakkan.
DSN 2009 (SEMAKAN)


  1. Kementerian Belia dan Sukan menyediakan satu pelan tindakan 10 tahun bagi pembangunan infrastruktur sukan berasaskan kepada strategi Program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi yang meliputi semua golongan masyarakat;
  2. Kementerian yang berkaitan juga bertanggungjawab menyelaraskan perancangan dan pengagihan segala kemudahan sukan dalam negara serta memastikan setiap negeri tidak ketinggalan dari segi pengagihan ini;
  3. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab merancang kemudahan sukan peringkat negeri dan daerah dan memastikan keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Di samping itu, penyediaan pelan-pelan pembangunan bandar baru dan kawasan perumahan hendaklah mengambil kira kemudahan sukan dan penyelenggaraannya;
  4. Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri hendaklah memastikan status tanah lapang serta kawasan hijau yang digunakan untuk tujuan sukan tidak ditukar kepada kawasan pembangunan dan industri. Semua kemudahan sukan dan rekreasi awam termasuk kawasan bukit, gunung, tasik, gua, pantai dan seumpama diperlengkap serta diselenggarakan dengan sewajarnya
  5. Semua pembinaan kemudahan sukan dan rekreasi awam yang baru perlu memenuhi syarat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU);
  6. Sektor swasta dan badan bukan Kerajaan digalakkan membantu dalam membina dan mengurus infrastruktur sukan; dan
  7. Pihak Berkuasa Tempatan juga hendaklah memberi insentif yang setara bagi mengurangkan bayaran perubahan syarat tanah untuk pembinaan kemudahan sukan
YOP: Yang prihatin cuba amati setiap intipati dan lihat realiti terhadap usaha kerajaan ini..jenguk juga DSN asal dan DSN semakan..bukan apa takut ada rakan-rakan yang lupa DSN tu apa...sekadar mengingatkan..

AGENSI PENGURUSAN KEMUDAHAN SUKAN AWAM DI MALAYSIA


 
Tanggungjawab membina kemudahan sukan di Malaysia adalah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui perancangan yang dibuat melalui Rancangan Malaysia sejak tahun 1966 (RMK-1) ketika itu Rancangan Malaysia yang pertama telah diperuntukan sejumlah RM 3.3 juta untuk membina 12 kompleks serbaguna di setiap negeri dan RM 1 juta untuk kemudahan Rekreasi dan Kebudayaan sebagai contoh.

Lazimnya kemudahan sukan yang siap dibina oleh Kerajaan Persektuan kemudianya akan diserah kepada Kerajaan Negeri dimana kemudahan itu dibina. Kerajaan negeri akan dipertanggungjawabkan untuk mengoperasi dan menyelengara kemudahan sukan. Tanggungjawab ini seterusnya akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengurus, mengoperasi dan menyelengara kemudahan yang telah dibina. Sebagai contoh PBT mempunyai kuasa melalui Akta 172, Akta Kerajaan Tempatan (1976) yang menyebut "PBT mempunyai kuasa untuk merancang, membina, meyelengara, mengawal,memajak,memperolehi, menyewakan, menyusunatur dan memajukan kemudahan sukan dan rekreasi di Kawasan masing-masing".


Pengurusan Kemudahan Sukan Awam di Malaysia kini diuruskan oleh tiga (3) agensi berbeza dengan bidang kuasa yang diperuntukan seperti berikut:

  1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - Akta 172, Akta Kerajaan Tempatan (1976)
  2. Perbadanan Stadium Malaysia - Akta Perbadanan Stadium Malaysia (2010) sebelumnya dikenali sebagai Akta Perbadanan Stadium Merdeka (1963).
  3. Perbadanan Stadium Negeri - melibatkan negeri Johor, Pahang, Kedah, Melaka,Kelantan dan Sarawak -Enakmen (Semenanjung Malaysia) dan Ordinan (SarawaK) Perbadanan Stadium Negeri  
YOP: Kena ambil tahu kepelbagaian agensi yang menguruskan kemudahan sukan awam di tanahair

Thursday, March 1, 2012

KUNJUNG HORMAT STWA BERTEMU PENGARAH EKSEKUTIF MAJLIS SUKAN SELANGOR

Kiri En.Akram (PSU), En.Hasnul (TP), En.Norzamri (Pengarah MSNS) & En.Sharizan (Presiden)

27 Februari 2012 - Setelah pertemuan dengan Yb Exco Belia dan Sukan Selangor YB Dr. Ahmad Yunus bin Ahmad Hairi mendapat reaksi positif beliau atas usaha persatuan mengembangkan sukan tarik tali di Selangor, pihak persatuan sekali lagi mengadakan satu lagi kunjungan hormat ke pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) baru-baru ini. Kunjungan kali ini ialah untuk bertemu dengan Pengarah Eksekutif MSNS, Y.Bhg En.Norzamri Ishak bagi memperkenal dan membincangkan usaha-usaha persatuan dalam pengembangan sukan tarik tali di Selangor. Antara Intipati perbincangan adalah seperti berikut:

  • Memaklumkan dan memberi taklimat tentang penubuhan Persatuan Tarik Tali Selangor
  • Membincangkan strategi-strategi persatuan dari aspek perancangan dan hala tuju, pembangunan dan pengembangan sukan Tarik Tali di Selangor.
  • Membincangkan perancangan menjadi Ahli Gabungan dalam MSNS
  • Membincangkan peluang-peluang kerjasama antara persatuan dan MSNS dalam pertingkatkan mutu dan pengalakkan sukan tarik di negeri Selangor
  • Membincangkan bantuan kewangan yang boleh diberikan MSNS bagi menyokong sebarang bentuk perlaksanaan program pembangunan sukan tarik tali dan aktiviti persatuan

Penyampain Cenderakengan persatuan kepada En.Norzamri Ishak

Pihak persatuan amat berharap usaha dan kerjasama dengan MSNS kelak dapat memartabat dan melonjak perkembangan sukan tarik tali khususnya di Selangor dan am di Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi penyampaian Cenderakenangan kepada Pengarah Eksekutif MSNS, Y.Bhg,En.Norzamri Ishak yang disampaikan oleh Presiden PersatuanTarik Tali Selangor Y.Berusaha En.Sharizan Ishak.

Sunday, November 20, 2011

TIPS MENUBUHKAN PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN

Bermesyuarat untuk menubuhkan persatuan dan meluluskan resolusi


Jika sudah sebulat suara untuk bersatu dan berkongsi minat dibawah persatuan maka tindakan seterusnya ialah dengan segera memangil semua individu yang berminat untuk hadir ke suatu mesyuarat penubuhan. Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan menubuhkanpertubuhan yang perlu dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan dalam minit mesyuarat.


Dalam mesyuarat itu nanti pada mereka yang hadir ke Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti yang Yop cadangkan dibawah:

  • Bersetuju tentang penubuhan pertubuhan
  • Meluluskan nama pertubuhan
  • Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan
  • Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan
  • Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang akan didaftarkan
  • Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas

Yop: Pakar Mesyuarat, pagi petang siang malam mesyuarat...

Menubuhkan Persatuan Atau Pertubuhan

Bersatu dan berkongsi minat melalui aktiviti berpersatuan

Menubuhkan persatuan/pertubuhan sebenarnya bukanlah satu pekara yang susah hendak dilakukan. Selalunya penubuhan persatuan mempunyai objektif tertentu yang ingin dicapai oleh kumpulan tertentu. Kumpulan ini selalunya berkongsi minat dan aspirasi yang sama terhadap sesuatu pekara yang ingin dicapai melalui aktiviti berpersatuan. Berdasarkan Sekyen 2 Akta Pertubuhan 1966 menakrifkan maksud pertubuhan sebagai:

"Sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal'

Apa yang perlu anda tahu ialah penubuhan persatuan dan pertubuhan di Malaysia adalah berdasarkan tiga (3) akta yang wujud dan berbeza ruang lingkup kuasanya, iaitu:

                   i. Akta Pertubuhan 1966 melibatkan dua peraturan:
                    
    a. Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984
    b. Peraturan-peraturan Pertubuhan (Permohonan untuk Perintah Meletakhakkan)  
        1993

                   ii. Akta Pembangunan Sukan  1997 

                   iii. Akta 668 - Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007

Untuk pengetahuan semua juga jika ingin mendaftarkan pertubuhan dibawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai contoh persatuan yang berbentuk politik, keagaamaan, kebajikan, masyarakat, dan sebagainya, permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan Malayisa (Registrar Of Society) manakala jika berhasrat menubuhkan persatuan sukan di mana-mana peringkat perlu merujuk kepada Akta Pembangunan Sukan dan membuat permohonan secara terus kepada Pejabat Pesuruh Jaya Sukan Malaysia. Bagi yang ingin menubuhkan persatuan belia pula perlu merujuk kepada Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia dan membuat permohonan kepada Pejabat Pertubuhan Belia Malaysia.

Rujukan Laman Web dan Pendaftaran Pertubuhan Secara Online:

i.  Pendaftar Pertubuhan Malaysia - http://www.ros.gov.my/

ii. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia - http://pps.kbs.gov.my/

iii. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia - http://roy.kbs.gov.my/

Nota: Bagi Yop menubuh memang mudah nak mengekalkan kesinambungan cukup payah...

Wednesday, November 9, 2011

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI KONSEP KEPIMPINAN


KEPIMPINAN BOLEH DIJELASKAN MELALUI KONSEP-KONSEP BERIKUT:
 

i.          Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang dirumus secara kolektif. Berkerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya.


ii.         Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku.


iii.       Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung.


iv.        Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

PENGURUSAN KONFLIK DALAM PERSATUAN


Konflik adalah berasal dari perkatan latin yang membawa maksud ‘Conflictus’ yang merujuk kepada suatu keadaan dan cubaan pihak tertentu atau individu dari satu kelompok  yang berusaha melancarkan tindakan mogok secara kekerasan dan mewujudkan situasi tidak bersetuju terhadap etika dan amalan sehingga menyebabkan perselisihan.

Konflik ini merupakan satu bentuk  interaksi yang negatif, beremosi  dan disusuli dengan satu bentuk demonstrasi penentangan yang akhir berakhir dengan kekacauan. Ianya juga selalu terjadi apabila invididu atau kumpulan tertentu tidak sependapat akibat fahaman dan ideologi yang berbeza dalam pentadbiran dan perjalanan sesebuah persatuan.

Sebagai pentadbir persatuan kita perlu bijak mengenalpasti apakah sumber-sumber konflik yang sering kita hadapi. Kedaan ini dapat membantu kita lebih bersedia dalam menangani pelbagai isu dan konflik dalam persatuan. Menurut Lamberton dan Leslie (2009) terdapat empat sumber konflik yang menjelaskan siapa yang terlibat dalam setiap situasi konflik, empat sumber tersebut adalah seperti berikut:

1.       Konflik Idea – tidak bersetuju dengan idea, penjelasan

2.       Konflik Nilai – Tidak bersetuju dengan nilai dan kepercayaan

3.       Konflik Kendiri – Kesukaran dalam mentafsir kendiri

4.       Konflik Institusi – Penguasaan dan persaingan sumber atau kuasa dalam organisasi

Oleh yang demikian sebagai pentadbir dalam persatuan perlu bijak menangani sebarang konflik yang timbul dalam persatuan yang melibat sumber yang telah diterangkan tadi. Sebagai panduan semua model CLASS = C-COMMUNICATION, L- LISTEN, A-ADJUST, S-SOLVE, S-SUCCESS  boleh digunakan sebagai salah satu teknik yang boleh digunakan dalam menguruskan dan berhadapan dengan konflik.